Taklimat HTO1M di Kluang

Alhamdulillah..tercapai juga hasrat admin memulakan langkah projek HTO1M di Kluang. Semua dijemput hadir. Taklimat diadakan di Kolej Komuniti Kluang, No. 12, Jalan 7, Taman Delima, 86000 Kluang, Johor pada hari Sabtu, 24 September 2016.

Ada 2 sesi taklimat. Sebelah pagi untuk para cikgu atau individu yang berminat menjana pendapatan sampingan melalui projek HTO1M tanpa bebanan kos dan risiko. Apatah lagi HTO1M diwujudkan atas platform jenama pendidikan yang dipercayai dan merupakan panel kandungan penerbitan buku teks dan bahan ilmiah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sebelah petang pula bermula jam 2 petang diadakan sesi taklimat bagi pelajar, guru dan ibu bapa untuk menerangkan fungsi bagaimana m-learning iLearnAce dalam projek HTO1M ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan cara pembelajaran berkesan dan menyeronokkan.


Bukan itui saja, iLearnAce juga memudahkan kerja guru dan membolehkan ibubapa memantau perkembangan akademik anak mereka.