iLearnAce


iLearnAce ialah platform pembelajaran digital bersepadu yang mengandungi bahan pembelajaran berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Platform pelbagai ciri ini dibina untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang boleh disesuaikan, interaktif, menarik dan mudah alih untuk pelajar, guru dan ibu bapa.



Platform ini menggabungkan kesemua aspek penting dalam proses revisi pelajar, membolehkan pelajar menelaah pelbagai topik, membuat latihan, membuat nota dan peta minda, berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru-guru, serta banyak lagi. Semuanya ini boleh dilakukan dengan menggunakan platform yang sama.


iLearnAce juga dilengkapi aplikasi mudah alih percuma yang membolehkan pengguna untuk mengakses ciri-ciri istimewanya di mana-mana dan pada bila-bila masa walaupun ketika luar talian (offline) – Ciri ini benar-benar menjadikannya platform Mobile (M)-Learning yang terbaik dan patut dimiliki.

Ciri Utama :

  • 100% berdasarkan format KSSR/KBSR terkini
  • Menawarkan pelbagai subjek
  • Menerapkan konsep i-Think, KBAT, dan PBS
  • Mod dalam talian (online) dan luar talian (offline)
  • Menghubungkan pelajar, guru, dan ibu bapa menggunakan satu platform

    Kandungan Item :

    • Nota (100,000 fakta akademik)
    • Peta Minda (Peta minda peribadi yang boleh disesuaikan bentuk dan warnanya)
    • Penilaian (100,000 soalan memenuhi kehendak standard peperiksaan)
    • Laporan (Laporan prestasi yang jelas dan komprehensif)
    • Ganjaran (Sistem permainan dengan ganjaran bagi memotivasikan pelajar untuk menelaah pelajaran)
    • Kamus (Kamus dalam talian yang terkini)
    • Video Tutorial (Video pembelajaran yang dikendalikan oleh pakar mata pelajaran)
    • Aplikasi Mudah Alih (Membolehkan akses dalam mod luar talian (offline))
    • Tugasan (Membolehkan guru menghantar tugasan tersesuai)