Sasbadi Holdings Berhad
Sasbadi telah menerbitkan bahan dan kandungan pembelajaran yang mantap sejak tahun 1985. Kami telah berada di samping jutaan individu sepanjang perjalanan mereka di institusi pendidikan. Hari ini individu-individu tersebut menyumbangkan idea dan keringat mereka untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan negara. Buku dan bahan pembelajaran kami mendapat kepercayaan pelajar, guru dan ibu bapa dari generasi ke generasi, dan kepercayaan mereka itu mendorong kami untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memberikan yang terbaik.
Kami terus berkembang untuk memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Hari ini, kami berada di barisan hadapan inovasi teknologi untuk mencipta penyelesaian yang dapat memudahkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran abad ke-21.
Kami membangunkan teknologi canggih dan pada masa yang sama bersifat mesra pengguna bagi membolehkan pelajar dan guru melibatkan diri dalam proses pembelajaran interaktif dan menyeronokkan dengan memanfaatkan inovasi berkaitan dengan informasi dan teknologi maklumat. Kami menyediakan permainan pendidikan, aplikasi mudah alih dan platform berasaskan awan (cloud) yang amat sesuai untuk pembelajaran kendiri begitu juga untuk pembelajaran di dalam kelas pada masa depan.

Sasbadi menerbitkan beraneka buku yang meliputi fiksyen dan bukan fiksyen, buku cerita berilustrasi, komik pendidikan, ensiklopedia, dan terkini, judul yang diintegrasikan dengan teknologi seperti siri realiti berperantara (augmented reality). Kami berazam untuk mengembangkan sektor pembelajaran sepanjang hayat kami agar minat terhadap amalan membaca dapat dibudayakan dan dimanifestasikan dalam masyakarat.
Sebagai penyedia solusi pendidikan yang menyeluruh, kami bukan sahaja berusaha untuk membekalkan keperluan pendidikan terkini, malah lebih penting, menaik taraf kemampuan kami secara berterusan agar kami dapat mendepani cabaran, perubahan dan keperluan pendidikan abad ke-21.
Abad ke-21 menuntut transformasi pendidikan untuk membentuk kemahiran kritis yang ditetapkan dalam sektor pekerjaan pada masa akan datang. Calon pekerja perlu memiliki kemahiran yang cemerlang dalam penyelesaian masalah, pemikiran kritis, komunikasi, koloborasi, inovasi, kreativiti untuk mendepani cabaran yang mendatang.
Pada tahun 2005, Sasbadi telah memperkenalkan alat pembelajaran yang dinamik khusus untuk memperkenalkan kemahiran-kemahiran penting ini kepada para pelajar. Kami menjadi rakan kepada pelbagai jenama antarabangsa seperti LEGO Education, PITSCO Education dan National Instruments untuk menyuntik pengalaman secara amali (hands-on) dan menyeronokkan dalam proses pembelajaran mereka.
Bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan, Sasbadi menyediakan platform kepada pelajar untuk mengasah kemahiran-kemahiran ini dan minat mereka terhadap pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui Pertandingan Robotik Kebangsaan (National Robotics Competition).
PENDIDIKAN IALAH HAK ASASI MANUSIA SEJAK LAHIR. KAMI BERASA AMAT GEMBIRA KERANA DAPAT MEMENUHI ASPIRASI MULIA INI SEJAK TAHUN 1985; MEMUPUK MODAL INSAN HARI ESOK, HARI INI.
MindTech Education Sdn Bhd
MindTech ditubuhkan pada Jun 2015 dengan ibu pejabat antarabangsanya yang terletak di Kuala Lumpur. Syarikat ini diasaskan daripada aspirasi untuk berbicara dengan pelajar, guru dan ibu bapa; untuk berkomunikasi dengan mereka secara berkesan dan menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka yang dipacu oleh sentuhan peribadi.
Misi
Untuk mencipta pengalaman pembelajaran abad ke-21 yang mapan, memupuk kemahiran keusahawanan dalam minda generasi muda, dan melibatkan diri secara aktif dalam transformasi negara untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Visi
Menjadi Jenama Pendidikan No.1
Untuk menjadi pilihan terulung pelajar, guru, ibu bapa pada abad ke-21 dengan memanfaatkan kecanggihan ICT untuk memberikan inspirasi kepada pelajar dan memberikan impak kepada landskap pendidikan negara.
Menjadi Platform Permasaran yang Dinamik
Untuk berkembang secara berterusan dengan memanfaatkan rangkaian yang kukuh bagi menentukan secara tepat serta menyediakan keperluan dan kehendak pasaran yang sentiasa berubah-ubah.
Menyediakan Pertumbuhan Lestari
Untuk memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat dan memudahkan ahli kami dalam pertumbuhan peribadi yang berterusan sebagai satu cara untuk mencapai kejayaan yang mampan.
Nilai Teras

- Berpegang Teguh pada Misi dan Visi Kami.
- Memberikan Manfaat kepada Masyarakat dan Membangunkan Negara.
- Meraikan Perbezaan dan Inovasi.
- Berani untuk Memasang Impian.