Fungsi ini bertujuan menilai prestasi dan kepantasan murid/pelajar dalam menjawab soalan-soalan topikal. Murid akan memilih sendiri topik yang ingin diuji dan memilih aras kesukaran sama ada mudah, sederhana dan sukar.
Terdapat lebih 100,000 soalan berpiawaian peperiksaan yang dipilih oleh sistem secara rawak berdasarkan topik pilihan murid/pelajar. Setiap latih tubi akan menyediakan soalan yang berbeza berbanding latih tubi yang pernah dibuat oleh murid walaupun topik yang sama diulang.
Selesai menjawab, murid/pelajar akan terus memperolehi markah latih tubi yang dibuat. Murid dapat menyemak kembali kesalahan dan jawapan sebenar.
Setiap tugasa banyak token latih tubi yang dilakukan murid/pelajar, mereka akan diber ganjaran token. Semakin tinggi markah, semakin token diperolehi. Token ini boleh digunakan untuk mengakses permainan yang disediakan dalam iLearnace. Ini mengalakkan murid/pelajar membuat latih tubi lebih kerap lagi.