Murid/pelajar dapat mereka bentuk ilustrasi peta minda berdasarkan pemahamannya dalam sesuatu topik atau subjek. Ilustrasi peta minda mereka boleh dilengkapi video, animasi, foto, video dan pelbagai lagi.
Fungsi Mind Map ini menjadikan pembelajaran murid lebih mudah dan efisien. Ia memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk murid/pelajar. Murid/pelajar dapat melahirkan idea dan kreativiti dengan menghasilkan peta minda sendiri.
Malah fungsi Mind Map dalam iLearnace mendorong murid/pelajar membina keyakinan diri untuk berkongsi hasil idea dan kreativiti mereka dengan pengguna iLearnace seluruh Malaysia.