Fungsi mudah alih ini memudahkan pelajar mengakses dan melakukan latih tubi walaupun dalam mode tanpa talian (offline). Ia dapat memastikan pelajar belajar tanpa mengira tempat dan waktu. Sinkronisasi rekod aktiviti dan markah latih tubi dapat dilakukan bila mendapat akses internet.