Erlanggaonline

Kehebatan dan keberkesanan m-learning iLearnace terbukti apabila mendapat perhatian penerbit buku ternama dan terbesar Indonesia, PT Penerbit Erlangga. Sistem m-learning iLearnace diadaptasi sepenuhnya mengikut keperluan silibus pendidikan Indonesia dan dikenali sebagai erlangganonline.




PT Penerbit Erlangga merupakan syarikat penerbit buku terbesar yang telah bertapak di Indonesia sejak tahun 1952. Mendapat pengiktirafan Top Brand For Teen selama 4 tahun berturut-turut (2013-2016) kategori buku pendidikan.


Melalui perjanjian persefahaman (MOU), PT Penerbit Erlangga mendapat kebenaran Sasbadi Holding Berhad untuk menggunakan sistem mlearning iLearnace untuk diadaptasi mengikut silibus dan pendidikan Indonesia sepenuhnya. Kini iLearnace dikenali sebagai ErlanggaOnline oleh para penggunanya di Indonesia.